Make your own free website on Tripod.com

AGAMA

Utusan Malaysia 24 April 2001

KIMMA desak majalah Time mohon maaf edisi Mei

KUALA LUMPUR 23 April - Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) hari ini mendesak majalah Time memohon maaf secara terbuka di dalam majalah itu bulan depan.

Timbalan Setiausahanya, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, ucapan maaf melalui akhbar tempatan adalah tidak memadai.

Sambil mengalu-alukan tindakan tegas Kementerian Dalam Negeri (KDN) beliau berkata, mereka mengambil kesempatan atas hak asasi dan keadilan yang didakwa oleh mereka untuk menghina agama Islam.

``Kami berharap pengarang majalah tersebut tidak lagi mengulangi tindakan merendah-rendahkan imej Islam sesuka hati,''katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam majalah itu memohon maaf kepada umat Islam kerana menerbitkan artikel dan karikatur menghina agama Islam dalam edisi terbaru majalah itu 16 April lalu.

Pengarang Time Asia, Adi Ignatius berkata, mereka tidak berniat menyinggung perasaan umat Islam dengan menyiarkan tulisan David Van Biema bertajuk Jerusalem At The Time of Jesus.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi