AGAMA

Utusan Malaysia 10 Mei 2001

Agama bendung penyakit masyarakat

KUALA LUMPUR 9 Mei - Pegangan kukuh terhadap agama penting sebagai alat untuk membendung penyakit masyarakat serta kejayaan program kempen cara hidup sihat.

Pegawai Bahagian Kawalan Penyakit, kementerian Kesihatan, Dr. Rozlan Ishak berkata, masyarakat pula perlu bekerjasama dengan institusi kesihatan bagi membendung implikasi perubahan sosial, persekitaran dan ekonomi yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

``Ini berikutan perubahan ekonomi dan peningkatan kemudahan pengangkutan dan kurangnya pegangan agama menyebabkan remaja mudah terjerumus ke dalam sarang maksiat,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Kesihatan Sihat Menerusi Prasarana Kondusif' pada seminar Gaya Hidup Sihat Menurut Perspektif Islam di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini.

Dr. Rozlan berkata, kerajaan perlu menubuhkan prasarana sihat dan kondusif berkonsepkan bandar sejahtera untuk mendidik orang ramai kepada konsep Islam.

Oleh: ROSMAH MOHD. DAIN

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi