AGAMA

Utusan Malaysia 11 April 2001

Penswastaan pengeluaran sijil halal dibatalkan

KUALA LUMPUR 10 April - Kerajaan akhirnya memutuskan untuk membatalkan penswastaan bagi pengeluaran sijil-sijil halal yang dilaksanakan sebelum ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, kerajaan telah melantik semula Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengendalikannya.

Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan kenapa pembatalan itu dibuat.

Rafidah berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada majlis dialog dengan industri-industri tempatan termasuk industri makanan sempena majlis dialog tahunan kementeriannya.

Utusan difahamkan pengeluaran sijil-sijil halal sebelum ini, dikendalikan oleh sebuah syarikat di bawah program penswastaan kerajaan.

Bagaimanapun pengeluar atau penyaji makanan mendakwa kos yang dikenakan terlalu tinggi dan mereka tidak puas hati dengan perkhidmatan.

Rungutan itu, akhirnya mendapat perhatian kerajaan dan Unit Perancangan Ekonomi diminta membuat kajian tetapi usaha itu dikatakan menyepi sehingga pengumuman terbaru itu dibuat oleh Rafidah.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi