EKONOMI

Utusan Malaysia 02 April 2002

Negara catat RM8.2b lebihan dagangan Jan.-Feb.

KUALA LUMPUR 1 April - Perdagangan luar Malaysia mencatat lebihan sebanyak RM8.2 bilion bagi dua bulan pertama tahun ini, yang mana RM3.8 bilion dicatatkan dalam bulan Februari berbanding RM4.4 bilion pada Januari.

Jumlah eksport bagi Januari Februari 2002 berjumlah RM51.7 bilion manakala import berjumlah RM43.5 bilion, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) hari ini.

Barangan eksport utama dalam tempoh tersebut adalah keluaran elektrik dan elektronik bernilai RM29.7 bilion atau 57.4 peratus daripada jumlah eksport, gas asli cecair bernilai RM2.3 bilion atau 4.4 peratus daripada jumlah eksport.

Import oleh pengguna akhir bagi tiga kategori utama dalam tempoh kajian adalah barangan perantaraan (RM31.5 bilion atau 72.5 peratus daripada jumlah import), barangan modal (RM6.2 bilion atau 14.3 peratus daripada jumlah import) dan barangan penggunaan (RM2.9 bilion atau 6.6 peratus daripada jumlah import).

Bagi Februari 2002, jumlah eksport barangan sebanyak RM24.2 billion, iaitu penurunan 12 peratus dari Januari.

Ini terutamanya disebabkan penurunan dalam eksport keluaran-keluaran elektrik dan elektronik (-9.6 peratus), kimia dan keluaran-keluaran kimia (-10.0 peratus), gas asli cecair (LNG) (-14.9 peratus), minyak sawit (-26.4 peratus) dan jentera, perkakas dan alat-alat (-3.1 peratus). - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum