Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 21 April 2001

Hutang negara: PM tolak dakwaan pembangkang

KOTA BHARU 20 April - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini menafikan kononnya kerajaan menanggung hutang sebanyak RM1 trilion sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang di Parlimen.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, hutang negara adalah kecil berbanding sesetengah negara iaitu kira-kira RM100 bilion dan kerajaan tidak menghadapi masalah menjelaskan hutang itu melalui penyusunan semula pinjaman luar.

Perdana Menteri berkata, langkah itu telah memberi keuntungan kepada kerajaan daripada segi mendapatkan kadar faedah yang rendah malah ada kalanya membolehkan hutang itu dibayar lebih awal daripada tarikh ditetapkan.

``Kita susun semula pinjaman, sebab itu masa kegawatan pun kita tidak tertekan untuk berhutang dengan orang lain,'' katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2001 di Dataran Majlis Perbandaran Kota Bharu di sini, hari ini.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak tahu bagaimana pembangkang memperoleh angka itu dan meminta mereka mengemukakan bukti mengenai dakwaan itu.

``Apa dia punya bukti, tapi bukti yang kita ada, angka yang kita ada pada masa ini menunjukkan hutang kerajaan, hutang negara dan swasta sebenarnya, tidak lebih RM100 bilion sahaja. Kita yang terkecil sekali,'' tegasnya.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi