Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 24 April 2001

Kita tidak bergantung dasar tukaran wang


AHMAD Sarji (kiri) mengiringi Zeti setibanya beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk membentangkan kertas kerja pada Seminar Pelaburan Antarabangsa Kedua di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 23 April - Malaysia tidak pernah bergantung kepada dasar pertukaran mata wangnya untuk mengukuhkan daya saing di peringkat antarabangsa.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, asas ekonomi yang konsisten diperoleh menerusi sistem penetapan nilai ringgit.

``Tidak pernah menjadi polisi Malaysia untuk bergantung kepada pertukaran mata wang bagi mengukuhkan daya saing,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk: `Pandangan ekonomi Malaysia secara menyeluruh' pada Seminar Pelaburan Antarabangsa 2001 Kedua di sini, hari ini.

Seminar selama dua hari anjuran Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dan Persekutuan Pengurus-Pengurus Amanah Saham Malaysia (FMUTM) itu dirasmikan oleh Pengerusi PNB, Tan Sri Dr. Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Menurut Zeti, terdapat kebimbangan terhadap pergerakan mata wang asing utama dunia beberapa bulan lalu selain daripada jangkaan negara-negara di rantau ini akan menurunkan mata wang bagi membolehkan mereka mengekalkan daya saing masing-masing.

Jelas Zeti, disebabkan penetapan nilai ringgit tidak memberi sebarang kelebihan kepada negara, Malaysia tidak berminat untuk mengubah amalannya itu dalam masa terdekat.

Penetapan RM3.80 kepada AS$1 yang dilakukan pada 1998 bertujuan mudahkan ahli perniagaan membuat keputusan.

``Kita perlu mengiktiraf kepentingan pertukaran wang dalam ekonomi kita,'' ujarnya.

Oleh: KHAIRUDDIN MOHD. AMIN

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi