Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 24 April 2001

Ekonomi, masyarakat harus berwaspada - Daim

KUALA LUMPUR 23 April - Menteri Kewangan dan Tugas-Tugas Khas, Tun Daim Zainuddin berkata hari ini setiap ekonomi dan masyarakat harus berwaspada sepanjang masa dengan menekankan kepada kejujuran, ketelusan dan pertanggungjawaban di samping berhati-hati dengan potensi penjahat dan karakter yang mencurigakan.

"Penjahat berada di mana-mana sahaja, menunggu peluang untuk mengambil kesempatan dan menguatkan cengkaman bagi niaga janji yang menguntungkan," kata Daim ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa bagi Tadbir Urus Korporat - "Daripada Penyesuaian kepada Prestasi", di sini hari ini.

Persidangan dua hari itu yang bermula hari ini, dianjurkan oleh Persatuan Institut Setiausaha dan Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAISCA) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG).

Bagi tadbir urus korporat, beliau berkata, ia bukan satu "perkara asing" kerana Malaysia telah lama mengguna pakai amalan dan prinsip-prinsip nilai-nilai seumpama itu.

Daim berkata, pandangan bahawa tadbir urus korporat hanya digunakan kepada bahagian-bahagian terpilih atau hanya kepada kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakat seharusnya diubah.

"Setiap orang harus mampu untuk mengaitkan dengannya. Sepatutnya tiada sebarang penampilan secara ekslusif," katanya.

Beliau berkata kerajaan telah memperkenalkan langkah-langkah tambahan untuk meningkatkan amalan dan mengukuhkan perlindungan apabila syarikat undang-undang tidak dapat mentadbir tadbir urus korporat dengan memadai.

"Kami serius untuk melindungi kepentingan minoriti, mengawal penguasaan membuat keputusan eksekutif, memperkenalkan periksa dan imbangan dan mengutarakan peranan berbeza pengerusi lembaga dan ketua pegawai eksekutif," katanya.

Beliau berkata pengasingan yang diperkenalkan di syarikat-syarikat milik kerajaan, pada peringkat awalnya mendedahkan kerajaan kepada serangan kritikan yang tajam.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi