EKONOMI

Utusan Malaysia 19 mac 2001

Industri perancangan kewangan pesat

APABILA sahaja saya membelek-belek sebarang majalah kewangan akhir-akhir ini, saya tidak dapat mengelak daripada membaca sesetengah artikel mengenai bagaimana pentingnya perancangan kewangan.

Apakah sebenarnya perancangan kewangan? Seperti mana namanya, ia merujuk kepada proses mengenal pasti, perbelanjaan dan merancang kewangan untuk keperluan di pelbagai peringkat kehidupan anda.

Kita mengambil seorang yang baru sahaja menamatkan pengajian tinggi atau lepasan ijazah, beliau biasanya terpaksa bekerja dan menyimpan untuk membeli kereta, rumah, berkahwin dan juga menyara anak-anaknya sehinggalah mereka matang untuk berdikari sendiri. Selain itu beliau juga perlu menyimpan untuk memenuhi keperluan persaraan dan juga di saat-saat kecemasan.

Dalam kata lain, beliau perlu mengenal pasti matlamat kewangan, menentukan kos untuk mencapainya dan melihat semula berapa yang harus disimpan dan labur berdasarkan pendapatan yang diperoleh dengan membuat andaian-andaian kadar pengumpulan yang boleh dicapai.

Dengan mengambil kira, kekurangan kepakaran, kebanyakan orang akan memerlukan bantuan dalam menentukannya dan ia memerlukan perancangan kewangan. Kumpulan profesional ini akan membantu dalam pelbagai bidang yang diperlukan seperti jumlah wang yang perlu disimpan, merangka portfolio pelaburan, menguruskan risiko dan dapat mengakses kepada perlindungan insurans.

Malah, mereka juga akan dapat membantu anda menyediakan wasiat -sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh mereka yang berusia di bawah 50 tahun sebelum ini. Perkhidmatan itu bagaimanapun akan dikenakan yuran, selain komisen daripada penjualan produk mereka kepada anda.

Dalam satu cara, perancang kewangan ini juga menyamai penasihat kewangan iaitu profesional yang akan memberi nasihat kepada para pelanggannya terhadap cadangan pembelian saham, bon atau instrumen kewangan lain. Perbezaan ketaranya cuma perancang kewangan tertumpu kepada pelanggan individu berbanding institusi dan mereka lebih banyak menawarkan perkhidmatan secara peribadi.

Adakah kita semua perlu mendapatkan perkhidmatan daripada perancang kewangan? Bagi kebanyakan kita, jawapannya tentu tidak. Bersandarkan kepada senario kemajuan ekonomi sekarang, purata rakyat negara ini, tidak memiliki lebihan wang simpanan masing-masing untuk mendapat perkhidmatan seumpama itu.

Pendapatan purata per kapita rakyat Malaysia adalah antara AS$3,300 dan sebahagian daripada simpanan adalah merupakan sumbangan wajib yang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Selain kewajipan membayar pinjaman sewa beli dan gadai janji yang mana ia merupakan sebahagian daripada tanggungan kehidupan kita, sebenarnya tiada baki wang simpanan yang mencukupi daripada pendapatan yang diperoleh.

Kebanyakan rakyat Malaysia masih belum dapat mengatasi jurang yang membahagikan antara kumpulan masyarakat yang hanya mampu memenuhi keperluan hidupnya dan daripada kumpulan yang memiliki lebihan kewangan untuk disimpan serta mampu memenuhi misi kewangannya.

Bagi mereka yang memiliki lebihan pendapatan yang sedikit mereka lebih gemar menyimpannya di bank atau membeli insurans atau saham amanah. Sekiranya terdapat model kereta yang baru dilancarkan pasti beliau akan menjual kereta lamanya dan membuat pinjaman baru keatas perbezaan wang penjualan tersebut.

Begitu juga terhadap mereka yang bercadang untuk menjadikan rumah masing-masing lebih besar lagi.

Saya berpendapat ini mungkin mencermin keadaan yang sebenar berlaku di Malaysia iaitu mereka lebih bersedia menanggung jumlah hutang yang lebih besar berbanding daripada membuat perancangan semula mengenai keperluannya dan dalam masa yang sama menyimpan.

Ini dikenali sebagai meninjau kembali simpanan.

Pada masa yang sama, kita akan mungkin melihat kemasukan yang besar peruntukan lebihan dalam bentuk asas yang lain seperti pemilikan saham dan perlindungan insurans sebelum orang ramai melihat keperluan mendapatkan serangkaian luas perkhidmatan yang memerlukan perancang kewangan.

Sesetengah pihak melihat perancangan kewangan menambah satu lagi lapisan dalam proses perantara sedangkan aliran perniagaan sekarang adalah menghapuskan orang tengah.

Selain itu, perancang kewangan ini juga tidak mahir dalam semua bidang kewangan dan mereka juga perlu mendapatkan bantuan daripada penganalisis, perunding cukai dan perancang estet yang lain dalam usaha memenuhi keperluan pelanggannya.

Tetapi pendapat saya jangan disalahfahamkan kerana saya tidak menuduh perancang kewangan tiada peranan penting dalam pasaran ini.

Terdapat bukti yang cukup dan perangkaan yang menunjukkan keperluan kumpulan pakar perancang kewangan ini terhadap keperluan sosial khususnya bagi negara membangun seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Tambahan pula, dalam rantau Asia pula ia adalah antara segmen pertumbuhan yang pantas dalam industri perbankan.

Kebanyakan bank progresif di rantau Asia telah mengenal pasti perancang kewangan sebagai satu bidang yang perlu diberi tumpuan dalam perbankan runcit dan di samping melabur terhadap bidang tersebut.

Sebelum ini, ada saya jelaskan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak memerlukan perkhidmatan perancang kewangan kerana negara tidak mempunyai kumpulan populasi berpendapatan pertengahan yang mencukupi yang mana mereka merupakan golongan sasaran kepada perancang kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, apa yang perlu ditekankan di sini ialah industri ini di peringkat terlalu awal atau `bayi' kerana pelanggan yang benar-benar berpotensi juga terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Ini terutamanya apabila sebuah bank runcit mendapat sumber yang banyak dan akan membolehkan perancang kewangan menawarkan perkhidmatannya dengan percuma seperti mana yang dilakukan di Singapura.

Buat masa sekarang, melihat kepada tahap yang dicapai oleh ejen insurans, ejen saham amanah dan para remiser untuk berubah perancang kewangan, penawaran terhadap karier profesional ini bertambah lebih cepat berbanding permintaannya.

Di dalam teori ekonomi, apabila perkara ini berlaku, pengubahsuaian perlu dilaksanakan terhadap harga perkhidmatannya dan diharapkan dalam industri yang semakin pesat membangun ini, industri tidak perlu menjadi begitu menguntung, setidak-tidak bukannya sekarang?

Yeoh Keat Seng merupakan Ketua Pegawai Eksekutif of MalaysiaStreet (www.malaysiastreet.com ). Sekiranya sesiapa yang ingin berkongsi pendapat, Keat Seng boleh dihubungi melalui research@malaysiastreet.com

Oleh: YEOH KEAT SENG

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi