Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 30 April 2001

Pengunduran APL mengejutkan PTP

KUALA LUMPUR 29 April - Pelabuhan laut baru Malaysia yang sedang berkembang pesat, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah menyatakan terkejut terhadap laporan yang APL, cawangan perkapalan Neptune Orient Lines (NOL) Singapura, telah menarik diri daripada PTP.

Ketua Eksekutif PTP Mohd Sidik Shaik Osman menyifatkan berita dakwaan penarikan diri perkhidmatan APL WAX (West Asia Express) daripada pelabuhan itu sebagai satu kejutan kepada PTP dan juga APL-NOL.

Beliau berkata di dalam satu kenyataan hari ini bahawa persinggahan APL di PTP adalah sentiasa digunakan berasaskan peluang untuk menampung permintaan pelanggan APL di Johor dengan kontena-kontena kosong yang mencukupi.

Di pihak APL pula ia tidak menolak persinggahan selanjutnya. "Kapal-kapal akan masih singgah di PTP dari semasa ke semasa apabila terdapat keperluan," kata syarikat Singapura itu sebagai reaksi kepada laporan itu.

"Berlabuh di PTP memberikan peluang untuk meletakkan kelengkapan bagi pasaran tempatan dan lain, tetapi persinggahan mingguan kini tidak perlu," tambahnya.

Kapal-kapal di dalam perkhidmatan WAX syarikat perkapalan itu berhenti di PTP dengan kerap sehingga baru-baru ini, sebahagian besarnya untuk meletakkan semula kontena kosong.

Mohd Sidik berkata, kedua-dua PTP dan APL-NOL sentiasa menyatakan bahawa persinggahan berterusan berasaskan peluang.

Katanya, "daripada permulaan persingahan APL di PTP pada Jun 2000, persinggahan sentiasa digunakan pada asas peluang bagi kemudahan pelanggan-pelanggan APL di Johor dengan kontena kosong yang mencukupi.

"Bagi PTP, dengan permulaan kami yang pantas, ini tidak memberikan kami peluang untuk terus berkhidmat kepada APL dan mengusahakan kemungkinan-kemungkinan baru dengan mereka."

Mohd Sidik mendapati bahawa PTP telah menikmati perhubungan kerja yang rapat dengan APL di mana matlamatnya adalah sentiasa meningkatkan lagi perkhidmatan nilai ditambah kepada syarikat itu dan produktiviti ke arah standard dunia yang belum pernah berlaku." - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi