Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 30 April 2001

Perbanyak usaha perkenal KLIA pusat kargo terkemuka di Asia

KUALA LUMPUR 29 April - Pengendali terminal lapangan terbang Malaysia dan penghantar fret kini harus menumpukan lebih usaha untuk memperkenalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang sebagai pusat pindah kapal kargo terkemuka di rantau Asia.

Ketika membuat seruan ini hari ini, Pengerusi Persatuan Penghantar Fret Udara Malaysia (AFAM) Walter Culas berkata penyata perangkaan kargo udara bagi suku pertama tahun ini agak mencemaskan, tetapi tidak menghairankan, dengan penyusutan hampir 50 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

"Sesungguhnya, masa depan (bagi industri fret udara) nampaknya tidak begitu menggalakkan buat masa ini," kata Culas kepada Bernama.

Beliau percaya ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kelembapan ekonomi di AS, pasaran terbesar bagi barangan elektronik dan elektrik Malaysia.

Dalam temu bual tersebut, Culas mendapatkan pengesahan daripada rakan sejawatannya dalam industri ini mengenai penyusutan besar penghantaran udara dalam suku pertama tahun ini.

Barangan eksport utama terdiri daripada projek elektrik dan elektronik (kebanyakannya ke AS), kargo am dan kargo mudah rosak seperti bunga dan buah (kebanyakannya ke Eropah dan Asia Utara).

"Sekarang kita mahu memberi lebih banyak tumpuan kepada kargo pindah kapal untuk meningkatkan jumlah," kata Culas.

"Sekarang terdapat ruang yang jauh lebih besar dalam semua pesawat pengangkut yang keluar masuk Malaysia."

Dengan penyusutan jumlah kargo, syarikat-syarikat penerbangan pengangkut asing kini merayu untuk mendapatkan tempahan penghantaran, sedangkan pada suatu masa dahulu, mereka berkeras untuk menaikkan kadar.

"MASKargo telah menambah ruang fretnya bagi kargo yang diisi dari Pulau Pinang, menjadikan pengangkutan dengan trak ke KLIA tidak perlu dan membolehkan pengendalian yang minimum. Penghantar muatan tidak perlu bimbang mengenai aspek keselamatan."

Satu daripada perkara yang perlu mula-mula dilakukan sekarang ialah untuk mempengaruhi penghantar fret Malaysia yang melalui Changi di Singapura untuk menghantar melalui KLIA, tambah beliau.

"Ini boleh dilakukan secara beransur-ansur, mula-mula 10 peratus dan 20 peratus, kemudian lebih banyak pasaran pindah kapal dari Singapura dengan menyamai tahap perkhidmatan yang sama."

Tetapi, untuk mencapainya, tambah pengerusi AFAM itu, dua bidang yang memerlukan perhatian segera ialah tahap perkhidmatan pengendalian kargo dengan meningkatkan kecekapan tepat masa dan juga menghapuskan bayaran-bayaran terminal lapangan terbang bagi kargo pindah kapal yang kargo yang didokumentasi semula.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi