Make your own free website on Tripod.com
Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 04 Mei 2001

Wang kertas tandatangan Dr. Zeti diedarkan

KUALA LUMPUR 3 Mei - Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan wang kertas bernilai RM10, RM50 dan RM100 (siri ketiga) dengan tandatangan gabenor sekarang, Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz akan mula diedarkan berkuat kuasa pada 3 Mei, 2001.

Bagaimanapun, BNM dalam satu kenyataan di sini hari ini, menyatakan tiada sebarang perbezaan dari segi reka bentuk pada wang-wang kertas tersebut dengan wang kertas siri terkini yang sedang berada dalam edaran kecuali tandatangan gabenor.

Terdahulu wang kertas RM5 (siri ketiga) dengan tandatangan Dr. Zeti telah pun berada dalam edaran pada 16 Januari lalu.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum