Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 01 Mei 2001

Rizab BNM RM103.3 bilion

KUALA LUMPUR 30 April - Jumlah rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada akhir Mac 2001 adalah sebanyak AS$27,184.41 juta (RM103.3 bilion) iaitu termasuk aset rizab rasmi yang berjumlah AS$26,045.26 juta dan lain-lain aset mata wang asing sebanyak AS$1,139.15 juta.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya berkata, pada akhir Mac 2001, adalah dijangkakan bahawa dalam tempoh 12 bulan akan datang, akan terdapat aliran masuk bersih AS$1 bilion mencerminkan aliran masuk daripada pulangan ke atas rizab dan perolehan daripada pinjaman asing yang melebihi pembayaran hutang luar.

Unjuran-unjuran ini tidak termasuk aliran masuk daripada punca lain seperti perdagangan atau portfolio.

Urus niaga hadapan terkumpul yang dilakukan adalah kecil.

Satu-satunya kontinjen pengeluaran bersih jangka pendek dalam aset mata wang asing adalah jaminan kerajaan bagi hutang luar negara yang matang dalam tempoh satu tahun yang berjumlah AS$249 juta.

Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman yang bersertakan opsyen, kemudahan kredit tidak bersyarat dan belum dipakai yang diberi oleh atau kepada bank-bank pusat yang lain, institusi antarabangsa, bank-bank dan lain-lain institusi kewangan.

Bank pusat juga tidak terlibat di dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing berbanding ringgit.

Secara keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format baru SDDS IMF menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir bulan Mac 2001 kekal boleh diguna dan tidak membebankan.

Unjuran bagi pengeluaran hadapan jangka pendek (tetap) bersih ialah terdapatnya aliran masuk bersih mata wang asing dalam 12 bulan akan datang.

Kontinjen pengeluaran bersih jangka pendek Malaysia dalam rizab antarabangsa adalah kecil.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum