Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 01 Mei 2001

Pengerusi MAHB terharu KLIA kedua terbaik di dunia

KUALA LUMPUR 30 April - Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd., (MAHB) Tan Sri Basir Ismail merasa terhutang budi apabila KLIA dipilih sebagai lapangan terbang antarabangsa yang kedua terbaik.

``Anugerah itu merupakan bukti komitmen kami untuk membangunkan KLIA sebagai gerbang serantau dan kami amat bangga dalam tempoh tiga tahun selepas perasmian kita telah menerima penghargaan daripada organisasi antarabangsa mahupun tempatan,'' kata beliau di dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, hubungan di antara syarikat-syarikat penerbangan dan kakitangan yang berdedikasi telah menjadikan KLIA cemerlang menjadi seperti hari ini.

KLIA yang bernilai RM10 bilion telah dipilih menduduki tempat kedua di belakang Lapangan Terbang Hong Kong, ketinggalan sebanyak 15 mata.

Lapangan Terbang Changi, Singapura di tempat ketiga dalam kajian yang dibuat oleh Skytrax Research dari Britain baru-baru ini.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum