Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 01 Mei 2001

Tabung khusus sumber kekalkan pekerja

KUCHING 30 April - Pertubuhan-pertubuhan yang mencari untuk mempertingkatkan atau mengekalkan tenaga kerjanya kini mempunyai sumber pilihan bagi mengurangkan bebanan kewangan melatih pekerja berikutan pelancaran Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK).

Menurut Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), tabung itu kini berjumlah RM500 juta, dan pekerja-pekerja dan syarikat-syarikat digesa menggunanya untuk mempertingkatkan kemahiran.

``Adalah dengan tujuan memberi mereka bantuan yang TPK diperkenalkan memandangkan peningkatan dan latihan semula pekerja-pekerja yang berterusan diperlukan bagi meneruskan hidup revolusi teknologi hari ini,'' katanya di dalam satu kenyataan sempena satu seminar baru-baru ini untuk mempromosikan TPK dengan menumpukan prosedur-prosedur kemudahan dan aplikasinya.

Katanya Timbalan Menteri Sumber Manusia Dr. Abdul Latiff Ahmad, yang berucap pada seminar itu, telah menyatakan bahawa sebaliknya masa akan tiba apabila buruh mahir negara ini akan dihapuskan daripada tenaga kerja disebabkan oleh kemahiran yang menjadi ketinggalan zaman.

TPK memulakan operasi pada 2 Januari tahun ini sebagai satu tabung kerja untuk memberi pinjaman kepada pelatih-pelatih teknikal, vokasional dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di institusi-institut latihan kemahiran awam dan swasta.

Kemudahan pinjaman itu, yang ditadbir oleh Bahagian Tabung Pembangunan Kemahiran kementerian itu, adalah terbuka kepada pelatih-pelatih bagi kursus-kursus latihan sepenuh masa dan sambilan.

Pemohon-pemohon pinjaman mestilah warganegara Malaysia tidak lebih 50 tahun dan menjalani Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Level 1 - 5 yang diberi oleh MLVK.

Di dalam ucapannya, Abdul Latiff turut memuji usaha-usaha bersama para ahli akademik dan usahawan untuk mempertingkatkan asas tenaga manusia berkemahiran di Malaysia melalui pembangunan kemahiran.

Seminar itu yang diadakan di Kuala Lumpur dianjurkan bersama oleh kementerian itu, Majlis Latihan Teknologi Maklumat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Integrated Commerce (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat perundingan teknologi maklumat (IT).

Kertas-kertas kerja yang dibentangkan pada seminar itu menerangkan mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Kebangsaan, TPK dan masa depan persijilan kemahiran di Malaysia.

Borang-borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web kementerian di alamat: http://www.jaring.my/ksm atau diperoleh secara pergi sendiri ke pejabat kementerian. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum