Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 04 Mei 2001

Kerajaan laksanakan pelbagai program basmi kemiskinan

KUALA LUMPUR 3 Mei - Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan untuk memastikan tiada lagi golongan miskin di negara ini menjelang 2005, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kadar kemiskinan negara telah menurun daripada 8.7 peratus pada tahun 1990 kepada 7.5 peratus sembilan tahun selepas itu.

``Ramai parti pembangkang enggan menerima hakikat kadar kemiskinan telah berkurangan, kita tidak buat cara agak-agak tapi melalui bancian yang berasas kepada fakta.

``Jika tidak penyangak mata wang menyerang ekonomi negara, sasaran pembasmian kemiskinan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) pasti telah berjaya,'' katanya ketika menggulung perbahasan usul RMK-8 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) ketika sesi perbahasan mendakwa sasaran kerajaan dalam RMK-7 untuk mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5 peratus diulang dalam RMK-8.

Abdullah berkata, sasaran kerajaan bagi tempoh lima tahun lalu adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan bagi golongan termiskin sedangkan dalam RMK-8 pula peratusan yang sama disasarkan untuk rakyat miskin secara umum.

``Ini dua jenis perangkaan berbeza kepada dua konsep kemiskinan bagi tempoh yang berlainan,'' katanya sambil meminta ahli Parlimen pembangkang itu meneliti angka tersebut secara berhati-hati.

Beliau turut membetulkan kenyataan Madius Tangau (BN-Tuaran) bahawa kadar kemiskinan sebanyak 22.4 peratus pada tahun 1995 dan 20.1 peratus (1999) hanya melibatkan warganegara Malaysia sahaja.

Katanya, kadar kemiskinan yang turut melibatkan bukan warganegara adalah sebanyak 26.2 peratus (1995) dan 25 peratus (1999).

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum