Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 04 Mei 2001

Majlis bertindak bantu bekas tentera ditubuh

KUALA LUMPUR 3 Mei - Sebuah majlis yang bertindak sebagai penyelaras ke arah merealisasikan usaha Jabatan Hal Ehwal Veteran bagi membantu bekas tentera menyertai bidang pekerjaan, telah ditubuhkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Shafie Apdal berkata, majlis itu akan bekerjasama dengan kementerian lain untuk memastikan pesara tentera diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan jawatan di negara ini.

Katanya, sehingga kini kira-kira 150,000 pesara tentera masih aktif dan fungsi jabatan berkenaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada soal dasar malah menyediakan pinjaman sebagai modal kepada golongan berkenaan.

``Oleh itu mana-mana pesara yang mempunyai kemahiran bersesuaian dengan permintaan pasaran berpeluang menyertai sektor pekerjaan,'' katanya ketika menjawab soalan tambahan Mastika Junaidah Husin (BN-Arau) di Dewan Rakyat, semalam.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum