Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 05 Mei 2001

Johor sambut baik longgarkan panduan pelaburan asing

PASIR GUDANG 4 Mei - Kerajaan Johor menyambut baik langkah Kerajaan Pusat melonggarkan garis panduan pelaburan asing bagi menggalakkan lebih banyak warga asing membeli hartanah di negara ini.

Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kelonggaran tersebut akan memberikan kemudahan kepada warga asing membeli semua jenis unit kediaman, rumah kedai, ruang pejabat dan perniagaan yang masih tidak terjual di negeri ini.

``Dengan penurunan harga RM250,000 berbanding RM350,000 dulu dan kemudahan mendapatkan sumber kewangan dalam negara, saya yakin ramai warga asing akan berminat untuk membeli hartanah di sini,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Skim Taman Perumahan TNB di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri. Dr. Mahathir Mohamad semalam mengenai kelonggaran syarat pembelian hartanah kepada warga asing.

``Kita berharap dengan kelonggaran ini, hartanah yang tertangguh ini akan dapat dijual dan memberikan manfaat untuk menjana ekonomi negeri ini,'' ujarnya.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum