Make your own free website on Tripod.com
Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 05 Mei 2001

Lebih banyak modal asing dijangka masuk

KOTA BHARU 4 Mei - Penasihat Kementerian Kewangan Datuk Mustapa Mohamed yakin Malaysia akan menerima lebih banyak kemasukan modal asing berikutan langkah terbaru kerajaan memberi kelonggaran kepada rakyat asing membeli semua jenis hartanah yang bernilai lebih RM250,000 seunit.

Beliau berkata langkah terbaru kerajaan itu sudah pasti dapat membantu negara menangani kesan daripada kelembapan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat.

``Ini akan membantu ekonomi negara kerana kita harap akan dapat menerima kemasukan modal asing termasuk dari Singapura dan negara-negara lain untuk membeli hartanah, di Malaysia yang siap tetapi tidak dapat dijual," katanya di sini hari ini.

Mustapa diminta mengulas pengumuman oleh kerajaan mengenai garis panduan baru yang memberi kelonggaran kepada rakyat asing untuk membeli semua jenis hartanah bernilai lebih RM250,000 seunit tanpa mengira baru atau lama.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam menyebut warga asing juga dibenar mendapatkan pembiayaan daripada sumber kewangan tempatan untuk pembelian hartanah itu tanpa perlu menubuhkan syarikat dengan penyertaan ekuiti tempatan.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum