Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 08 Mei 2001

Bimbang pemasangan iklan luar di lebuh raya

KUALA LUMPUR 7 Mei - Beberapa syarikat pengiklan luar (bill-board) tempatan melahirkan rasa bimbang dengan langkah pihak berkuasa menswastakan pemasangan iklan luar itu di lebuh raya persekutuan dan jalan raya milik Jabatan Kerja Raya yang mulai menjejas masa depan mereka.

Menurut seorang penggerak industri itu yang enggan namanya disebut, penswastaan itu sepatutnya dibuat dengan mengambil kira pengiklan-pengiklan yang sedia ada. Beliau mendakwa, `tiada sebarang tawaran tender pun dibuat untuk projek itu.'

Katanya kepada Utusan, projek penswastaan itu telah menyaksikan kegiatan monopoli semua kontrak pemasangan iklan luar dan syarikat pengiklanan sedia ada telah dipaksa menurunkan papan iklan masing-masing yang telah dipasang di lokasi tersebut sejak beberapa tahun.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum