Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 11 Mei 2001

Senator minta penjelasan nasi lemak MAS RM100

KUALA LUMPUR 10 Mei - Seorang ahli Dewan Negara hari ini meminta kementerian pengangkutan menjelaskan sama ada benar dakwaan bahawa satu set nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat penerbangan Malaysia (MAS) berharga di antara RM100 hingga RM180.

Senator Datuk Karim Ghani berkata, beliau mendapat maklumat bahawa pembekal makanan bagi Penerbangan MAS itu mengenakan bayaran tinggi, sekali gus menyumbang kepada tiket penerbangan mahal.

Jika benar dakwaan itu, kata beliau, Kementerian Pengangkutan wajar menanganinya bagi mengurangkan kos operasi syarikat terutama dalam penerbangan domestik.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Donald Lim ketika mengulas perkara itu berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada MAS bagi memastikan kebenaran dakwaan tersebut.

Mengenai tambang MAS, Donald menjelaskan, kadar tambang yang dikenakan masih dianggap paling murah di kalangan negara ASEAN dan tambang penerbangan di Thailand, misalnya adalah 25 peratus lebih tinggi.

``Penerbangan domestik antara Semenanjung dengan Malaysia Timur adalah rendah. Misalnya, dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dikira 55 sen per kilometer tetapi penerbangan Kuala Lumpur ke Kuching ialah 45 sen per kilometer,'' katanya.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum