Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 11 Mei 2001

Pengendalian kargo di semua pelabuhan meningkat

JOHOR BAHRU 10 Mei - Semua pelabuhan di negara ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini di sebalik kelembapan ekonomi Amerika Syarikat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik berkata, ia dapat dilihat daripada pertumbuhan pengendalian kargo di Pelabuhan Klang yang meningkat 20 peratus dalam tempoh empat bulan lalu.

Katanya, angka itu membuktikan laporan bahawa negara ini terjejas teruk akibat kelembapan ekonomi Amerika Syarikat adalah tidak benar.

``Pada bulan Januari, pelabuhan Klang mengendalikan 286,000 TEU (unit berukuran 20 kaki) dan pada Februari ia mengendalikan 280,000 TEU.

``Ia terus meningkat pada bulan Mac apabila Pelabuhan Klang mengendalikan 300,000 TEU manakala April kira-kira 299,000 TEU, angka-angka ini menunjukkan pertumbuhan 20 peratus sebulan berbanding tempoh yang sama tahun lalu,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan khidmat membekalkan minyak (bunkering) dari kapal ke kapal oleh sebuah syarikat berpangkalan di China Titan Oil Pte. Ltd. di sini hari ini.

Katanya, tahun lalu Pelabuhan Klang mengendalikan antara 80,000 hingga 90,000 TEU sebulan.

``Jadi, tidak perlu bimbang mengenai kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat.

``Malah, ketika saya di China minggu lepas, saya terbaca laporan mengenai ekonomi Amerika Syarikat yang mencatatkan pertumbuhan dua peratus untuk tempoh suku pertama tahun ini.

Katanya, angka semakin meningkat dan ia merupakan petanda yang baik.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum