Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 11 Mei 2001

Pengendali terminal P. Klang perlu perluas kemudahan

PELABUHAN KLANG 10 Mei - Pengendali terminal di Pelabuhan Klang perlu memperluaskan kemudahan mereka seperti dermaga, kawasan mengendali kontena serta mendapatkan peralatan baru bagi menampung persinggahan kapal-kapal kontena besar yang semakin meningkat, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik.

Dengan rangka tindak kapal-kapal kontena yang boleh mengangkut sehingga 10,000 TEU (unit bersamaan 20 kaki) kini sedang disiapkan, beliau berkata terusan yang boleh dilalui serta kedalaman sepanjang dermaga di Pelabuhan Klang juga perlu didalamkan untuk terus menarik kapal-kapal mega berkenaan.

``Pengusaha terminal perlu melabur dalam bidang-bidang ini dan juga dalam teknologi maklumat bagi memastikan Pelabuhan Klang kekal di hadapan di kalangan pesaing-pesaing terminal di negara-negara jiran,'' kata menteri itu dalam ucapannya bagi menandakan persinggahan sulung sebuah lagi kapal kontena besar, ``MV P&O Nedlloyd Shackleton,'' di Pelabuhan Utara di sini malam tadi.

Ia merupakan kapal terbesar dalam kumpulan kapal P&O Nedlloyd yang 120 buah kapalnya akan digunakan di Pelabuhan Klang. Kapal berkenaan boleh membawa 6,802 TEU.

Dr. Ling berkata, penggunaan kapal-kapal P&O Nedlloyd di sini menjadi kenyataan berikutan pertambahan tarikan ke Pelabuhan Klang sebagai pusat pindah kapal yang utama di rantau ini.

Pengarah urusan P&O Nedlloyd M.A. Sdn Bhd, Patrick Lim, berkata dengan aliran yang menyaksikan kapal-kapal besar, terdapat keperluan segera bagi terminal supaya dapat mendorong pasaran untuk membolehkannya bertindak mengikut yang sepatutnya dengan tambahan pelaburan bagi dermaga, mendalamkan sepanjang dermaga serta akses dari Pelabuhan Klang.

Sebagai tambahan, beliau berkata terdapat keperluan untuk mendapatkan kren yang mampu mencapai 17 barisan kontena atau lebih.

Semalam, sebuah kapal kontena besar, "MV. CMA CGM", sebuah kontena dengan muatan 6,500 TEU, singgah di Pelabuhan Barat. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum