Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 11 Mei 2001

China minat konsep penswastaan pelabuhan Malaysia

PULAU PINANG 10 Mei - China mungkin menimbang menggunakan konsep penswastaan pelabuhan yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia kerana ia kagum dengan pencapaiannya, kata Pengerusi Eksekutif Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) Datuk Ahmad Ibnihajar, hari ini.

Beliau berkata meskipun China mempunyai pelabuhan dan kemudahan pengendalian kargo yang lebih besar berbanding Malaysia, pengusaha-pengusaha pelabuhan China berminat untuk belajar daripada Malaysia berkaitan penswastaan.

Pelabuhan-pelabuhan China, katanya, juga sedang beralih ke arah pelaksanaan penswastaan.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan oleh Li Changchun, Setiausaha Parti Komunis China (CPC), Jawatankuasa Wilayah Guangdong, Jawatankuasa Pusat CPC, dan rombongan seramai 16 anggota.

Turut hadir adalah Duta China ke Malaysia, Guan Deng Ming, Pengurus Besar Penang Port Commission (PPC) Datuk (Kapten) Abdul Rahim Abdul Aziz dan Pengurus Besar kanan PPSB Niana Merican.

Ahmad berkata Malaysia menggunakan konsep penswastaan berasaskan kepada model antarabangsa yang digunakan oleh Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.

``Sebagai pemilik pelabuhan, kerajaan akan menyediakan pembangunan prasarana manakala syarikat-syarikat berlesen akan mengendalikan operasi bagi satu tempoh tertentu,'' katanya.

Ahmad berkata ketika ini Pelabuhan Pulau Pinang mengendalikan kira-kira 22 peratus daripada jumlah trafik dagangan di Malaysia. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum