Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 11 Mei 2001

Asas ekonomi lebih kukuh daripada dilihat

KUALA LUMPUR 10 Mei - Asas ekonomi Malaysia adalah lebih kukuh daripada yang dilihat oleh banyak pihak dan akan terus menyediakan keanjalan bagi mengimbangkan kesan negatif daripada kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

``Memandangkan asas-asas ekonomi yang kukuh sekarang, prospek ekonomi untuk terus mengekalkan pertumbuhan yang kukuh dalam tahun semasa terus memberangsangkan,'' menurut terbitan bulanan Ekonomic Review Public Bank.

Asas-asas ini, tambahnya, bukan sahaja menyokong tinjauan masa depan ekonomi bagi tahun ini tetapi juga menyumbang kepada kemapanan penetapan ringgit.

Penerbitan itu berkata ekonomi Malaysia memasuki tempoh semasa daripada kedudukan yang kukuh setelah ia mewarisi pertumbuhan yang kukuh serta asas-asas yang teguh dalam tahun 1999-2000.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum