Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 12 Mei 2001

Kepakaran teknikal disalur bantu 4 negara

KUALA LUMPUR 11 Mei - Enam negara anggota ASEAN termasuk Malaysia akan menyalurkan kepakaran teknikal kepada Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam bagi merangsangkan ekonomi negara-negara tersebut.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn berkata, dua sektor yang akan menjadi tumpuan utama untuk dimajukan ialah sektor perkilangan dan pertanian.

Beliau berkata, langkah itu perlu memandangkan empat negara terbabit masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding negara anggota yang lain.

``Negara anggota ASEAN merancang untuk mengadakan beberapa projek usaha sama di empat negara tersebut.

``Malaysia dan enam negara anggota lain bersetuju membantu negara-negara tersebut untuk meningkatkan ekonomi mereka,'' kata beliau selepas mempengerusikan Mesyuarat ASEAN + 3 yang diadakan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN (ALMM) Ke-15 di sini, hari ini.

Fong menjelaskan, hasil penjelasan daripada menteri buruh daripada empat negara tersebut mendapati kerajaan-kerajaan terbabit sangat memerlukan bantuan kepakaran daripada anggota ASEAN yang lain.

``Sebagai rakan anggota ASEAN, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu rakan-rakan yang memerlukan,'' katanya.

Menurutnya, bantuan tersebut dapat memastikan negara-negara terbabit terus bersaing dalam pasaran terbuka dan era globalisasi ini.

Bagi Malaysia, kata beliau, negara ini mempunyai ramai tenaga pakar untuk dihantar ke empat negara terbabit bagi memajukan sektor pembuatan dan perkilangan.

``Kita melahirkan ramai tenaga mahir dan separuh mahir daripada institusi teknikal yang boleh dimanfaatkan oleh negara tersebut,'' katanya.

Langkah itu, katanya, akan meningkatkan kemahiran tenaga pekerja dalam sektor perkilangan dan pembuatan di negara-negara berkenaan.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum