Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 12 Mei 2001

Dengar pandangan pelabur sedia ada - Mustapa

Oleh:YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU 11 Mei - Para pelabur asing dinasihatkan supaya mendengar pandangan daripada mereka yang telah melabur atau menanam modal di Malaysia tentang kedudukan ekonomi negara ini.

Penasihat Kementerian Kewangan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, golongan ini mempunyai pandangan positif dan objektif tentang ekonomi Malaysia yang boleh membantu kalangan pelabur itu merangka pelaburan mereka.

Beliau mengambil contoh pandangan yang diberikan oleh Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-Amerika Nicholas Zeffreys, yang disifatkannya sebagai objektif kerana beliau pernah melabur di negara ini.

``Sesetengah pelabur suka mendengar pandangan daripada penganalisis yang tidak berkebolehan, tidak ada wibawa,'' kata Mustapa di sini hari ini.

Mustapa berharap para pelabur sedia ada yang membina kilang-kilang di negara ini, akan terus melabur dan menambahkan pelaburan mereka.

Pada masa yang sama, katanya, Malaysia juga mengharapkan kemasukan pelabur baru tetapi tumpuan adalah untuk menggalakkan pelaburan dalam negara.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia tidak boleh terlalu bergantung kepada luar negara sama ada dari segi politik, sosial, ekonomi dan pelaburan.

Beliau berkata, Barat kini sudah mengubah pandangan mereka dan berfikiran positif terhadap negara ini setelah melihat kejayaan Malaysia dalam mengurus kewangan negara termasuk mengenai globalisasi.

``Dalam kes ini kita telah berjaya dan habislah (dapat menangkis) serangan dan tohmahan,'' katanya.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum