Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 14 Mei 2001

Pertumbuhan ekonomi mampu diperbaiki

KUALA LUMPUR 13 Mei - Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini mampu diperbaiki dengan peningkatan asas ekonomi domestik bagi mengimbangi kemerosotan permintaan luaran.

Walaupun lebihan akaun perdagangan dijangka berkurangan berikutan kelembapan eksport namun ia merupakan sumber utama mudah tunai kepada ekonomi negara pada tahun ini.

Pengarah Eksekutif Arab-Malaysian Securities Sdn. Bhd., Mustafa Mohd. Nor berkata, secara keseluruhannya, sektor awam dijangka menerajui pertumbuhan ekonomi negara pada 2001.

``Pembesaran dan mempercepatkan pelaksanaan projek awam dijangka dapat menjana aktiviti dalam sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan,'' katanya dalam keluaran terbaru makalah kumpulan perbankan Arab-Malaysian di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Mustafa, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan eksport negara akan menurun berdasarkan kepada penurunan pertumbuhan eksport kepada 19.2 peratus pada suku pertama 2001 berbanding 21.5 peratus pada suku keempat 2000.

Tambah beliau, penurunan peratusan itu disebabkan oleh pengecutan jualan produk elektrik dan elektronik.

Jelasnya, sedang ekonomi Malaysia menghadapi cabaran kelembapan permintaan dalaman, ia masih mampu mengecapi pertumbuhan ekonomi pada tahun ini dengan asas domestik yang lebih baik.

Katanya, dasar fiskal dan kewangan perlu menjadi pemangkin untuk merancakkan lagi perbelanjaan domestik.

``Pemulihan ekonomi dunia lebih cepat membantu prospek pertumbuhan ekonomi domestik,'' ujarnya.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum