Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 14 Mei 2001

Modal teroka: Syarikat tempatan kurang aktif

KUALA LUMPUR 13 Mei - Syarikat-syarikat tempatan perlu lebih aktif ke luar negara bagi menarik lebih banyak modal teroka ke negara ini.

Pengarah Urusan Techpacific.com (HK), Ilyas Khan berkata, tidak banyak syarikat di negara ini yang pergi ke luar negara untuk menarik modal teroka berbanding negara lain seperti Singapura dan Hong Kong.

``Mereka perlu meyakinkan pelabur untuk melakukan perniagaan di negara ini dan saya rasa ini merupakan isu yang perlu ditangani,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas memberi ceramah mengenai skil rundingan pada seminar Venture 2001 anjuran Malaysian Exchange of Securities Dealing and Automated Quotation Bhd. (MESDAQ), Institut Pengurusan Malaysia (MIM) dan McKinsey & Co. di sini, Sabtu lalu.

Menurut Ilyas, industri teknologi mampu menarik modal teroka memandangkan ia berada pada kedudukan yang kukuh di Malaysia berbanding negara-negara lain.

Sementara itu, Presiden MESDAQ Abdullah Abdul Hamid berkata, pertandingan perancangan perniagaan Venture 2001 telah mendapat sambutan menggalakkan dengan sejumlah 334 perancangan perniagaan diterima pada fasa pertama dan 160 perancangan perniagaan pada fasa kedua.

``Kira-kira setengah daripada perancangan perniagaan yang diperoleh pada fasa kedua merupakan perancangan perniagaan fasa pertama yang telah diperbaiki hasil daripada analisis dan penilaian pemasaran,'' ujarnya.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum