Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 15 Mei 2001

Industri iklan merosot

KUALA LUMPUR 14 Mei - Industri pengiklanan Malaysia dijangka mengalami kemerosotan berikutan penurunan pertumbuhan kepada 13 peratus pada tahun ini berbanding 24 peratus pada 2000.

Malah, industri pengiklanan di lapan negara Asia lain turut dijangka mengalami pertumbuhan yang perlahan pada tahun ini berbanding 2000.

Penyelidik media antarabangsa, ACNielsen (M) Sdn. Bhd. berkata, kemerosotan pertumbuhan itu berdasarkan kepada pertumbuhan lebih perlahan pada Januari dan Februari lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu di mana Korea Selatan mengalami penguncupan sebanyak lapan peratus.

China yang mencatatkan pendapatan terbesar tahun lalu, iaitu AS$9.692 bilion (RM36.83 bilion) berbanding Malaysia AS$810 juta (RM3.078 bilion) dijangka mengalami kemerosotan pertumbuhan kepada 20 peratus daripada 57 peratus untuk tempoh yang sama. Industri pengiklanan Hong Kong, India, Thailand, Indonesia dan Singapura juga dijangka tumbuh perlahan.

``Masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang prestasi 2001 tetapi ia telah terdapat amaran awal berdasarkan pertumbuhan perlahan di Asia pada Januari dan Februari sungguhpun terdapat peningkatan kadar pengiklanan di beberapa pasaran,'' kata ACNielsen dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Prestasi industri pengiklanan Asia Pasifik pada tahun lalu disifatkan sebagai menggalakkan apabila ia merekodkan pendapatan sebanyak AS$29 bilion (RM110.2 bilion).

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum