Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 15 Mei 2001

Kerapuhan bank cepatkan gabungan

KUALA LUMPUR 14 Mei - Kerapuhan bank-bank tempatan telah membantu Malaysia dan Filipina mempercepatkan penggabungan institusi terbabit bagi mengatasi kegawatan ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997, kata seorang ahli akademik, Malcom Cook.

Bagaimanapun, kerajaan kedua-dua negara itu tidak mengambil kesempatan untuk memperkenalkan polisi-polisi baru sebaliknya memperkukuhkan polisi yang sedia ada bagi membantu penggabungan itu.

Ujarnya, kedua-dua Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) sudah bercadang untuk melaksanakan penggabungan itu sejak dari berlakunya krisis ekonomi pertengahan 80-an lalu.

Malcom merupakan seorang pensyarah Sains Politik dari Universiti Ateneo de Manila, sedang bercuti bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah di Universiti Nasional Australia.

``Kaedah yang digunakan oleh kedua-dua negara ini adalah sesuatu yang unik,'' katanya pada Seminar Brown Bag di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), di sini, hari ini.

Menurut Malcom, Filipina yang tidak menyediakan dana bagi menjamin bank tempatan serta galakan dan dorongan yang kuat kepada bank-bank asing telah memaksa beberapa bank utama milik tempatan untuk bergabung dengan bank-bank kecil.

Langkah, itu menyebabkan kelemahan dalam pegangan modal tempatan sekali gus menyebabkan kemasukan bank-bank asing.

Sementara itu, penyediaan dana yang besar oleh BNM merupakan faktor utama yang mendorong ke arah penggabungan institusi terbabit.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum