EKONOMI

Utusan Malaysia 02 april 2001

Menyelami skim anuiti KWSP

SKIM anuiti KWSP telah mendapat perhatian sejak ia mula diperkenalkan walaupun ia menerima pelbagai reaksi yang tidak menggalakkan.

Di sebalik liputan meluas daripada pihak media, saya menjangkakan kesedaran masyarakat dan maklumat mengenainya masih lagi kurang sekiranya satu kajian rambang dibuat.

Bagi mereka yang termasuk dalam senarai dalam kumpulan ini, artikel ini dapat menerangkan segala-galanya.

Skim anuiti KWSP adalah sama seperti skim anuiti biasa yang mana anda perlu membayar jumlah prinsipal terlebih dahulu sebagai bayaran pulangan untuk sepanjang hayat di bawah skim konvensional.

Perbezaannya, anda tidak membayar secara tunai tetapi menggunakan dana KWSP yang ada dalam akaun setiap ahli.

Terdapat dua cara membuat pembayaran pendahuluan tersebut iaitu di bawah produk A, ahli KWSP boleh membeli polisi sebelum mencapai umur 55 tahun dan menerima pembayaran anuiti selepas berumur 55 tahun ke atas.

Pilihan kedua di bawah produk B ialah ahli boleh membeli polisi ketika berumur 55 tahun hingga 70 tahun yang mana pembayaran anuiti bermula sebulan selepas tarikh pembelian.

Pendapatan bersara bulanan dijamin sebanyak RM100 sebulan setiap unit anuiti dibeli dan oleh itu, terpulanglah kepada pemegang polisi untuk mengira keperluan kewangan selepas bersara serta jumlah unit yang perlu dibeli bagi memenuhi keperluan semasa tempoh itu.

Sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia sebelum mencecah umur 55 tahun, penerima faedahnya akan mendapat bayaran bulanan yang dijamin sehingga 10 tahun mulai tahun kematian pemegang polisi tersebut.

Sekiranya beliau meninggal dunia selepas umur 55 tahun maka penerima faedah akan menerima bayaran bulanan bagi baki jaminan 10 tahun itu.

Bagi pemegang polisi yang ditimpa kecelakaan sehingga menyebabkannya cacat selamanya maka beliau akan menerima bayaran bulanan sehinggalah beliau mati yang mana baki bulanan jaminan 10 tahun itu pula akan dipindahkan kepada para pemegang faedahnya. Ciri-ciri ini menawarkan elemen perlindungan berbanding produk anuiti biasa.

Skim anuiti hanya boleh dibeli oleh Konsortium Anuiti Malaysia dalam syarikat insurans diwakili oleh syarikat-syarikat insurans tempatan yang diluluskan oleh kerajaan untuk mengelolakan skim tersebut.

Adakah saya perlu membeli skim ini? dan sebagai rujukan katakan saya berada di pertengahan usia 30 tahun, bermakna pembayaran anuiti adalah selama 20 tahun lagi tanpa mengira faktor usia. Bagi tujuan perlindungan saya telah memiliki skim perlindungan insurans sama seperti skim itu maka elemen mengenai produk itu tidak sesuai untuk saya.

Mengeluarkan wang daripada KWSP dan mencarumnya dalam syarikat insurans , bagi saya sama seperti menukar risiko daripada KWSP kepada syarikat insurans.

Kemungkinan menerima risiko adalah rendah tetapi apa yang perlu dipertimbangkan ialah produk tidak akan memberi nilai kepada saya untuk tempoh 20 tahun akan datang, tempoh itu masih jauh lagi dan pelbagai perkara boleh berlaku dalam jangkamasa tersebut.

Bagi tempoh yang terdedah kepada risiko itu adalah tidak masuk akal untuk mengubah daripada simpanan dalam KWSP kepada produk yang menjanjikan pendapatan tetap yang mana risikonya tinggi dan tidak menjanjikan pulangan yang tinggi juga.

Saya difahamkan bahawa tiada faktor campuran dimasukkan ke dalam pendapatan dijamin di bawah skim itu dan ia serendah kurang daripada enam peratus yang dibayar oleh KWSP tahun lalu.

Oleh itu tiada jaminan oleh EPF untuk mengekalkan kadar ini.

Sememangnya diakui adalah salah untuk mengatakan bahawa tiada pulangan kewangan daripada skim ini kerana ia adalah merupakan pendapatan berpotensi kedua dirujuk sebagai pendapatan bonus bersara tetapi ia tidak dijamin.

Dengan mengambil kira bahawa saya faham bahawa sedikit keuntungan diperoleh oleh syarikat insurans daripada skim ini dan pemegang polisi tidak harus mensasarkan pulangan yang tinggi daripada skim bonus ini pada masa depan terutama sekali apabila keadaan pasaran saham yang lemah kini serta kadar faedah semasa yang rendah.

Sebelum seseorang membuat kesimpulan bahawa saya tidak terdorong untuk mengeluarkan wang daripada KWSP kerana melabur tempat lain lebih berisiko, saya tidak seharus teragak-agak untuk mengatakan saya sebenarnya percaya dalam mengeluarkan sebahagian simpanan unit melabur dalam saham dan saham amanah. Perbezaannya ialah saya hanya mensasarkan risiko yang tinggi akan diganti dengan jumlah pulangan yang tinggi dalam jangka panjang.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan ialah sesiapa yang percaya bahawa mereka boleh menguruskan pelaburan masing-masing dengan sebaik-baiknya maka tiada sebab bagi mereka untuk memasuki skim itu yang mengenakan bayaran pengurusan. Dengan mengambil kira kepada jumlah bayaran yang dikenakan oleh syarikat pengurusan, saya mengesyorkan yuran ini perlu berada pada kadar satu peratus walaupun kadar sebenarnya perlu bergantung kepada saiz dana yang diuruskan.

Meskipun apa yang telah dinyatakan tadi, apa yang terbaik buat seseorang itu bukan untuk orang lain. Berdasarkan sambutan yang menggalakkan skim ini sejak diperkenalkan, ia sememangnya menarik minat kebanyakan orang.

Bagi saya, skim itu mempunyai nilai tambah yang besar, kerana ia menyediakan kepada para pemegang polisi aliran pendapatan tetap selepas bersara dan pendapatan itu boleh diperoleh bagi baki hayat mereka. Ia membantu mengatasi kebimbangan seperti ```Adakah saya akan menyalahgunakan sejumlah wang yang banyak selepas bersara nanti? dan berapa lama lagi saya perlu hidup untuk menikmati hasil simpanan selama ini.''

Kelebihan lain dalam skim ini ialah wang anda akan diuruskan secara profesional dan melihat kepada kadar pemilikan saham di kalangan rakyat Malaysia masih rendah khasnya mereka yang hampir menuju ke alam persaraan.

Sehubungan itu skim anuiti adalah skim terbaik kepada para pesara yang tidak mahu meninggalkan simpanan mereka dalam KWSP dan pada masa yang sama mahu menikmati pulangan yang tinggi serta insentif-insentif lain yang telah disebutkan sebentar tadi.

Yeoh Keat Seng adalah Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaStreet (www.malaysiastreet.com). Sekiranya bagi mereka yang ingin berkongsi pendapat, Keat Seng boleh dihubungi di research@malaysiastreet.com.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi