Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Berita Harian 12 April 2001

Usahawan berpeluang jadi wakil media kumpulan NSTP


THE New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), mempelawa semua ahli perniagaan atau usahawan yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi menyertainya sebagai wakil media.

Dengan menjadi wakil media kepada NSTP, mereka akan bertanggungjawab dalam kegiatan pengiklanan termasuk menerima tempahan dan bayaran iklan, di samping mengemas kini laporan hasil harian iklan.

Pengurus Besar Pembangunan Jenama NSTP, Zulkhafle Jalil, berkata peluang yang ditawarkan itu juga membolehkan usahawan menyertai sektor penerbitan sebagai salah satu potensi perniagaan yang berdaya maju.

“Sepanjang tahun lalu, surat khabar menguasai 59 peratus hasil iklan diikuti televisyen 32 peratus, majalah (empat peratus), radio (tiga peratus) dan lain-lain (dua peratus).

“Jumlah hasil pengiklanan bagi media cetak, media elektronik dan lain-lain di Semenanjung Malaysia sepanjang tahun lalu ialah RM2.9 bilion,” katanya membentangkan kertas kerja di Seminar Peluang Perniagaan Dalam Kumpulan MRCB anjuran Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) di Kuala Lumpur, semalam.

Seminar sehari yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu ialah anjuran bersama MRCB dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Turut hadir, Presiden MRCB, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin.

Dalam kertas kerja bertajuk “Peluang Perniagaan di NSTP” itu, Zulkhafle berkata, aliran pendapatan pengiklanan bagi media cetak dan elektronik meningkat 23 peratus tahun lalu berbanding RM2.38 bilion pada 1999.

Katanya, kegiatan pengiklanan NSTP kini dikendalikan menerusi beberapa saluran dalaman termasuk pengiklan terus, cawangan NSTP, teleiklan untuk iklaneka, e-media NSTP dan juga di luar negara.

Selain itu katanya, ia juga dilakukan melalui kegiatan ejen yang meliputi wakil pengiklanan, iklaneka, kutipan dan wakil media.

“Peluang menjadi wakil media terbuka luas kerana tidak terhad kepada lokasi tertentu saja malah terbuka kepada semua tempat termasuk di pekan kecil seluruh negara,” katanya.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi