Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Berita Harian 12 April 2001

Pengusaha stesen, Shell capai persetujuan


SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd (SMTSB) dan Persatuan Pengedar Petroleum Shell Malaysia (SPDAM) sudah mencapai persefahaman dan persetujuan bersama berhubung soal lesen pengedaran minyak di negara ini.

SMTSB dan SPDAM berkata dalam satu kenyataan bersama, berikutan perkembangan itu sebarang masalah di antara pengusaha stesen minyak Shell dan syarikat minyak itu sudah selesai.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai persefahaman itu atau sebarang syarat dan terma baru.

Shell seperti lain-lain syarikat minyak asing di negara ini berdepan masalah apabila syarikat berkenaan bercadang menaikkan kadar sewa di antara 50 peratus dan 100 peratus menerusi perjanjian baru, selain mengurangkan tempoh pajakan daripada empat atau lima tahun kepada hanya dua tahun.

Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengusaha stesen minyak terhadap syarikat minyak.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata masalah itu sudah berada di peringkat akhir penyelesaian.

Selain Shell, terdapat lima lagi syarikat minyak asing iaitu Esso, Mobil, Caltex, BP dan Projet yang membekalkan minyak kepada 2,024 pengusaha stesen minyak di seluruh negara manakala Petronas mempunyai kira-kira 500 pengedar.

Sehingga semalam, lain-lain syarikat minyak asing belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penyelesaian isu itu.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi