Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 04 April 2001

Cabaran globalisasi memerlukan generasi muda berdaya saing

KUALA LUMPUR 3 April - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata, cabaran pembangunan ekonomi dan globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran.

Sehubungan itu, beliau berkata, kementeriannya mengalu-alukan penekanan aspek-aspek tersebut sebagaimana terkandung dalam Rancangan Rangka Jangka Panjang 3 (RRJP3) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, kementeriannya juga akan memastikan matlamat melahirkan belia yang berteknologi maklumat, berkemahiran dan menghargai orang tua, pemimpin, ibu bapa seterusnya mendaulatkan undang-undang negara terlaksana.

``Penyelarasan dalam RRJP3 itu, akan dapat membantu memantapkan semangat patriotisme dan rela berkhidmat kepada negara sebagai sumbangan utama para belia,'' ujarnya dalam kenyataan kepada Utusan di sini, hari ini.

Hishammuddin mengulas mengenai aspek-aspek yang menyentuh kementeriannya dalam RRJP3 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa para belia supaya mempunyai kesedaran untuk merebut peluang ini bagi memajukan diri.

Institusi-institusi seperti keluarga, masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) harus memainkan peranan yang lebih aktif sebagai tanda sokongan kepada kerajaan.

Selain itu, kata Hishammuddin lagi, sektor sukan turut menjadi agenda utama kerajaan untuk melahirkan bakat baru dan atlet bertaraf dunia sama ada sukan berprestasi tinggi atau sukan untuk semua.

Katanya, usaha untuk mempertingkatkan elemen-elemen sokongan dalam sektor ini seperti pengurusan yang berkesan, kajian terhadap fungsi persatuan sukan akan dipertingkatkan.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi