Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 06 April 2001

Dana Amanah Saham Malaysia akan diwujudkan

KUALA LUMPUR 5 April - Dana Amanah Saham Malaysia (DASM) akan diwujudkan bagi memastikan pengagihan pemilikan ekuiti lebih meluas di kalangan bumiputera dan kumpulan lain yang belum menikmati faedah pembangunan.

Dana itu bertujuan meningkatkan tabungan dan pelaburan bumiputera dan kumpulan berkenaan bagi memastikan penyertaan bermakna mereka.

Dalam tempoh RRJP3, usaha yang gigih juga akan dijalankan untuk meningkatkan penyertaan berkesan bumiputera serta pemilikan ekuiti bumiputera sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang tahun 2010.

Tempoh penyusunan semula dilaksanakan dalam konteks pertumbuhan ekonomi pesat dengan menyediakan peluang lebih banyak kepada rakyat Malaysia tanpa perlu mengambil langkah penyusunan semula mikro bagi usaha niaga sedia ada.

Pemilikan modal saham bumiputera dalam sektor korporat telah berkurangan daripada 19.3 peratus pada tahun 1990 kepada 19.1 peratus pada tahun 1999 ekoran krisis ekonomi pada tahun 1997/1998.

Dalam tempoh yang sama, peratus pemilikan modal saham kumpulan etnik Cina berkurang daripada 45.5 peratus kepada 37.9 peratus dalam tempoh yang sama manakala pemilikan kumpulan etnik India meningkat kepada 1.5 peratus pada tahun 1999.

Pemilikan oleh rakyat asing telah meningkat daripada 25.4 peratus pada tahun 1990 kepada 32.7 peratus pada tahun 1999.

RRPJ3 juga akan menyaksikan program sedia ada akan dikaji semula sementara langkah baru dan berinovatif akan diperkenalkan untuk menggalakkan usaha sama strategik dengan syarikat asing.

Perkongsian dan usaha sama yang berkesan di antara syarikat bumiputera dan bukan bumiputera akan dipertingkatkan bagi mewujudkan perniagaan tempatan yang kukuh, berdaya tahan dan bertaraf dunia.

Selain itu, satu kajian semula terhadap garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing akan dijalankan bagi meningkat keberkesanan.

Bumiputera juga akan digalakkan menyertai usaha niaga dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan seperti sektor kecil industri elektrik, elektronik, ubat-ubatan, kimia, petrokimia, bioteknologi, bahan komposit dan termaju, perkhidmatan sokongan, pengangkutan dan kelengkapan pengangkutan dan makanan.

Dalam kemudahan pembiayaan, satu saluran khas akan diwujudkan dalam tabung sedia ada untuk membolehkan syarikat bumiputera dengan cagaran minimum boleh mendapatkan pembiayaan.

Dalam menggalakkan kegiatan pembangunan dan penyelidikan peruntukan bagi tahun sedia akan ditingkat selain satu tabung khas untuk biayai kegiatan di peringkat prapengkomersialan diwujudkan.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi