Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 06 April 2001

Dasar penswastaan kekal untuk tingkat ekuiti bumiputera

KUALA LUMPUR 5 April - Dasar penswastaan akan kekal menjadi alat penting untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor korporat dengan usahawan bumiputera mengurus dan menguasai 109 buah syarikat dengan nilai ekuiti RM8.1 bilion sehingga April 2000.

Bukan bumiputera juga mendapat manfaat daripada program itu dengan menguasai 28 buah syarikat dengan nilai ekuiti RM5.3 bilion.

Bagaimanapun, kerajaan menguasai 43 buah syarikat dengan nilai ekuiti kira-kira RM16.5 bilion atau 56.4 peratus.

Menurut Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang diumumkan pada 3 April lalu, bagi mencapai sasaran penyusunan semula ekuiti, program penswastaan akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak peluang kepada usahawan bumiputera.

Sehingga bulan April 2000, terdapat 40 buah syarikat yang diswastakan telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan bilangan ini merupakan 5.2 peratus daripada jumlah syarikat yang tersenarai.

Syarikat tersebut telah menyumbang kira-kira RM156.6 bilion atau 24.7 peratus daripada jumlah permodalan pasaran dan 15.3 peratus daripada jumlah modal berbayar bagi semua syarikat yang tersenarai di BSKL.

Bumiputera memiliki 21 peratus daripada ekuiti dalam syarikat yang diswastakan dan tersenarai manakala bukan bumiputera memiliki 27 peratus dan rakyat asing sebanyak 10.2 peratus.

Kerajaan memiliki 41.8 peratus daripada jumlah ekuiti di dalam syarikat tersebut.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi