Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 07 April 2001

AS, ASEAN meterai memorandum perdagangan

KUALA LUMPUR 6 April - Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah menandatangani memorandum kerjasama berkaitan piawaian perdagangan dan isu penyeragaman dengan Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh urus setia ASEAN di Jakarta, perjanjian itu ditandatangani semalam oleh Setiausaha Agung ASEAN, General Rodolfo C. Severino Jr. dan Setiausaha Perdagangan AS Ronald L. Evans.

Penandatanganan memorandum itu menandakan langkah penting oleh kedua-dua pihak untuk menangani standard dan penyeragaman penilaian bagi memudahkan dagangan antara ASEAN dan AS, kata kenyataan itu.

Ia berkata, berkaitan pelaksanaan memorandum itu, Jawatankuasa Pemesyuaratan ASEAN bagi Standard dan Kualiti, US National Institute of Standards and Quality dan Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa telah dilantik sebagai agensi penyelaras. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi