Make your own free website on Tripod.com
Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 13 April 2001

Syarikat kukuh perlu bantu usahawan kecil

KUALA LUMPUR 12 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, syarikat-syarikat bumiputera yang kukuh perlu tampil membantu usahawan kecil dan sederhana bagi menyokong matlamat kerajaan membentuk masyarakat perdagangan dan perniagaan bumiputera.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar untuk mendapatkan 30 peratus pegangan ekuiti bumiputera menjelang tahun 2010 tidak akan tercapai dengan usaha kerajaan sahaja, sebaliknya usaha bersepadu pihak swasta dan usahawan sendiri diperlukan.

``Jadi kita harap lebih banyak syarikat bumiputera besar tampil ke hadapan, beri peluang kepada usahawan kecil dan sederhana bumiputera untuk maju,'' katanya.

Abdullah berkata demikian dalam ucaptama perasmian seminar Peluang-Peluang Perniagaan Dalam Kumpulan Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden MRCB dan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Abdul Rahman Maidin dan Naib Presiden DPMM, Datuk Syed Amin Al-Jefri.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, usahawan bumiputera juga perlu memperbaiki keupayaan masing-masing dengan meningkatkan daya saing syarikat.

``Para usahawan juga tidak boleh mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata, mereka perlu bersaing dan berdikari,'' tegasnya.

Abdullah berkata, kecenderungan kerajaan yang seolah-oleh dirasuk untuk mencatat pertumbuhan ekonomi yang tinggi setiap tahun adalah didorong oleh keinginan untuk melihat kaum Melayu bumiputera maju lebih tinggi.

``Kita mahu memperbesarkan kek ekonomi supaya bahagian yang lebih besar dapat diperoleh oleh kaum bumiputera,'' katanya.

Sasaran 30 peratus pegangan ekuiti bumiputera yang disasarkan sejak pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 sepatutnya sudah tercapai sekarang jika kegawatan ekonomi pada tahun 80-an dan 1997 tidak ber-laku, kata Timbalan Perdana Menteri.

Kegawatan pada tahun 80-an memaksa kerajaan melonggarkan sedikit dasar-dasar dalam DEB bagi menarik pelaburan langsung asing manakala kegawatan terbaru telah menghapuskan pegangan bumiputera secara ketara.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi