Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 13 April 2001

Politik didakwa punca ekonomi gagal pulih

TOKYO 12 April - Walaupun terdapat kelebihan pada kewangan, sumber manusia dan sumber-sumber lain namun kelemahan kepimpinan politik telah menghindari Asia pulih daripada krisis ekonomi 1997-98, kata penganalsis sektor swasta.

Selepas pulih sedikit pada 1999-2000, pemulihan ekonomi serantau diperlahankan oleh kelemahan politik dan institusi sosial serta ancaman kegawatan di Pasifik, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

``Krisis itu (1997-98) tidak pernah berakhir,'' dakwa Clyde Prestowitz yang merupakan ketua Institut Strategi Ekonomi yang beribu pejabat di Washington ketika berkata pada satu persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik di sini.

``Ia telah dilindungi oleh suntikan kecairan yang besar yang diusahakan oleh (pengerusi bank pusat AS) Alan Greenspan yang mewujudkan kekurangan yang meningkatkan ekonomi Asia,'' kata Prestowitz.

Kenneth Courtis, Naib Presiden Goldman Sachs Asia berkata, kecuali Singapura dan Hong Kong, pengekalan pertumbuhan ekonomi telah dihalang oleh `hutang yang besar dalam sektor kewangan di setiap negara'.

Jepun yang dianggarkan mempunyai hutang awam dan hutang swasta yang `melebihi lima kali ganda Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menyediakan contoh ketidakupayaan pihak berkuasa untuk menghentikan kitaran hutang dan ekonomi yang statik paling menonjol.

``(Tetapi) Jepun tidak unik dalam keadaan ini, kata Courtis. Masalah rantau ini, jika ia hanya merupakan masalah ekonomi dan kewangan, ia telah diselesaikan lama dahulu,'' katanya.

``Isu sebenarnya ialah politik, kata Courtis sambil menambah bahawa `masalah kepimpinan' mengha-lang pelaksanaan langkah-langkah penting seperti penswastaan dan perubahan cukai.

Sambil mengajukan skandal sehingga menyaksikan penyingkiran Presiden Filipina, Joseph Estrada, krisis politik yang melumpuhkan Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid dan rasuah di Korea Selatan, Cho Suck-Rai, Presiden Hyosung Corp. bertanya: `mengapa persekitaran politik kita tidak tentu hala?''.

Menjawab pertanyaan beliau, Cho berkata, ``punca (masalah) terletak pada peringkat awal pembangunan kita,'' apabila kerajaan memegang peranan utama dalam perniagaan, institusi rasuah dan apa yang digambarkan sebagai `kroni kapitalisme'.

Sebagai jawapan untuk memperbaiki rantau ini, `peranan kerajaan perlu ditukar dengan menyediakan persekitaran yang ditentukan oleh pasaran secara bebas,'' katanya. - AFP.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi