Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 14 April 2001

Bengkel perniagaan di Rusia 14 Mei

KUALA LUMPUR 13 April - Mahu menjalankan perniagaan di Rusia tetapi tidak tahu butir-butir terperinci mengenainya?

Mungkin bengkel yang akan dianjurkan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) pada 14 Mei ini boleh membantu.

Terdapat lima sesi dengan maklumat yang mencukupi bagi mana-mana ahli perniagaan untuk menjalankan perniagaan di Rusia, kata Dr. Vladimir Sautov, Pengerusi Lembaga Penyelia Dana Kerjasama Rusia-ASEAN (RACF).

Beliau berkata ``Bengkel Mengenai Peluang-Peluang Perniagaan Malaysia-Rusia'' akan meliputi polisi perdagangan luar, pembaharuan, perspektif, kecenderungan, undang-undang dan peraturan mengikut Persekutuan Rusia sebagai rakan perdagangan dan pelaburan.

Sautov akan membincangkan mengenai ``Peluang-peluang bagi perniagaan di Rusia - sistem ekonominya, pembaharuan, perbankan, kawalan pertukaran asing serta zon perdagangan bebas.''

Pengerusi bersama RACF mengenai perundangan Sergei V. Guzhva akan membincangkan mengenai ``Aspek Undang-Undang bagi kerjasama dengan Rusia - pentadbiran dari segi aktiviti ekonomi asing, kebimbangan dan fungsi badan-badan kerajaan, tribunal arbitrasi serta arbitrasi undang-undang perdagangan'' manakala Timbalan Presiden Kanan Sirim Bhd., Abdul Aziz Abdul Manan akan menyentuh mengenai topik ``Saluran Pemindahan Teknologi Malaysia-Rusia - perkongsian pintar dalam sains dan teknologi.``

Maklumat lanjut mengenai bengkel boleh diperoleh melalui talian 03-26947259 atau laman web Matrade di www.matrade.gov.my. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi