Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 20 April 2001

PM: Kerajaan tidak akan lepaskan saham Perodua

KUALA LUMPUR 19 April - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan melepaskan saham majoriti dalam bahagian pengeluaran kereta tempatan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) kepada mana-mana syarikat asing.

Perdana Menteri berkata, kerajaan bagaimanapun bersedia untuk melepaskan saham majoriti dalam bahagian pengeluaran kereta untuk eksport kepada syarikat asing yang berminat.

``Jika mereka mahu mendapatkan saham, majoriti sekalipun, dalam bahagian pengeluaran untuk kereta-kereta pasaran ASEAN atau negeri lain, boleh.

``Tetapi jika untuk bahagian pengeluaran untuk pasaran tempatan, kita tidak mahu melepaskan pegangan majoriti,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan menyertai Dialog Kepimpinan dan Intelektual Afrika Muda anjuran Persatuan Pelajar Afrika di Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan syarikat pengeluar kereta Jepun, Daihatsu Japan mahu mendapatkan pegangan majoriti 31 peratus di dalam Perodua.

Daihatsu yang telah menjalankan rundingan dengan Perodua mengenai pegangan saham sejak Julai tahun lalu itu dikatakan mengugut untuk memindahkan operasinya ke Thailand jika kemahuannya itu tidak dipenuhi.

Daihatsu kini memegang 20 peratus ekuiti Perodua dan lima peratus lagi menerusi Daihatsu (M) Sdn. Bhd.

Lain-lain pemegang saham Perodua ialah UMW Corp Sdn. Bhd. (38 peratus), Med-Bumikar Mara Sdn. Bhd. (20 peratus), PNB Equity Resource Corp. Sdn. Bhd. (10 peratus) dan Mitsui (tujuh peratus).

Menurut Perdana Menteri, rundingan antara kedua-dua belah pihak masih berjalan dan kata putus belum lagi dicapai.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi