Make your own free website on Tripod.com
Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 20 April 2001

Dr. M ingatkan bahaya IMF kawal selia mata wang

GENTING HIGHLANDS 19 April - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, negara-negara Asia akan mendapat kesan yang tidak baik sekiranya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengawal selia program pertukaran mata wang bagi ekonomi serantau.

Perdana Menteri berkata, semua negara Asia seharusnya menyedari bahawa IMF tidak pernah menampakkan kebaikannya sama ada dari segi kaedah atau pendekatan yang digunakan oleh badan itu.

Bagaimanapun katanya, Malaysia sudah pasti tidak terdaya melawan jika majoriti negara Asia berkeras mahu melibatkan IMF dalam rancangan pertukaran mata wang itu.

``Kalau majoriti berpendapat dengan begitu keras sekali hendak melibatkan IMF, kita tidak ada pilihan.

``Itu pendirian kita. Orang hendak terima, tidak terima itu, lain kiralah,'' katanya selepas merasmikan Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan di Institut Aminuddin Baki di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai sesetengah negara yang mahukan program pertukaran mata wang Asia yang juga dikenali sebagai Inisiatif Chiang Mai dikawal selia oleh IMF.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi