Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 20 April 2001

Minggu Amanah Saham proses cepatkan masyarakat celik pelaburan

KOTA BHARU 19 April - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, Minggu Amanah Saham Malaysia (MASM) merupakan cara terbaik untuk membantu mempercepatkan proses melahirkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat dan celik pelaburan.

Perdana Menteri berkata, MSAM juga secara tidak langsung menjadi faktor penggalak kepada masyarakat untuk melabur dalam saham amanah selaras dengan perkembangan industri itu.

Katanya lagi, era globalisasi yang mencabar memerlukan kemampuan untuk berdaya saing dan industri saham amanah turut tidak ketinggalan.

``Pengetahuan dan maklumat terkini tentang pelaburan perlu dipertingkatkan bukan sahaja di kalangan pengurus dana tetapi juga para pelabur,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam buku cenderamata yang dikeluarkan sempena pelancaran MSAM 2001 hari ini.

Perdana Menteri akan merasmikan MSAM kali kedua peringkat kebangsaan, di samping melancarkan satu lagi skim amanah saham di Dewan Majlis Perbandaran Kota Bharu di sini, esok.

MSAM 2001 yang menjadi agenda tahunan negara ini, dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Persekutuan Pengurus-Pengurus Amanah Saham Malaysia (FMUTM).

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi