Toolshack.com - "Where Webmasters Find Their Tools"
Web tools and webmaster resources, including: traffic statistics, site monitoring, banner exchange, search engine submission, a generous affiliate program, more...

EKONOMI

Utusan Malaysia 20 April 2001

Rakyat Malaysia optimis prospek tahun 2001

KUALA LUMPUR 19 April - Rakyat Malaysia secara umumnya optimis tentang apa yang bakal menanti bagi tahun ini, terutamanya dalam kemajuan ekonomi, demikian menurut tinjauan pendapat Gallup International (GI) bagi tahun ini.

GI berkata, melalui tinjauan itu Malaysia didapati sebagai kumpulan yang kedua paling optimis di Asia selepas Vietnam, yang mana rakyatnya dianggap paling positif ditemu ramah.

Tinjauan GI merupakan pendapat umum yang terbesar di dunia dengan responden seramai 80,000 dari 70 buah negara termasuk Malaysia, disoal tentang harapan mereka bagi tahun 2001, jangkaan atau keyakinan dalam keadaan ekonomi negara serta kebimbangan pengangguran.

Tinjauan pendapat yang dijalankan pada bulan November dan Disember 2000 dikatakan yang paling besar pernah dikendalikan.

Taylor Nelson Sofres Malaysia (TNS), syarikat penyelidikan pasaran antarabangsa yang menjalankan tinjauan itu di Malaysia, menemuduga seramai 1,012 rakyat Malaysia yang berusia antara 15 hingga 65 tahun menggunakan format `Temubual Telefon Dengan Bantuan Komputer'.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi