FATWA

Utusan Malaysia 15 Jun 2001

FATWA 2 : ANGKA 13 SIAL?


SOALAN: Masih ada di kalangan umat Islam yang mempercayai angka 13 adalah pembawa sial. Apakah hukumnya?

Musykil, Gombak, KL.

JAWAPAN: Seorang Muslim yang benar-benar beriman kepada Alah serta percaya kepada qadak dan qadarnya tidak seharusnya mempercayai bahwa sesuatu benda itu (zat atau sifat) boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan kepadanya.

Kepercayaan yang boleh menafikan kesempurnaan tauhid seperti itu adalah merupakan warisan jahiliah yang sudah dihapuskan oleh Islam.

Firman Allah s.w.t, surah al-A'raf ayat 131 ada menceritakan tentang kepercayaan itu yang diamalkan oleh Firaun dan konco-konconya.

Maksud firmannya: Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran, mereka berkata; Ini adalah kerana usaha kami. Dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan orang yang bersamanya.

Jawapan Allah kepada kepercayaan mereka itu ialah firmannya yang bermaksud: Ketahuilah sesungguhnya kesialan mereka itu adalah ketetapan daripada Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

Tambahan, tidak ada satu keterangan sama ada daripada al-Quran mahupun sunah yang menyatakan bahawa angka tersebut (13) mempunyai sebab-sebab kesialan dan kecelakaan.

Hari yang bertarikh 13 juga adalah seperti hari-hari biasa, apa yang berlaku sepanjang hari itu adalah berdasarkan kepada ketentuan dan takdir Allah s.w.t.

-SUMBER: Darul Ifta' Mesriah.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum