FATWA

Utusan Malaysia 03 Ogos 2001

FATWA 2 : BACA QURAN UNTUK ORANG MATI


SOALAN: Apakah pahala bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain boleh sampai kepada orang mati?
Ingin Tahu,
Kg. Jawa, Klang.

JAWAPAN: Berdasarkan riwayat yang sahih, Rasulullah s.a.w tidak pernah membaca al-Qur'an dan menghadiahkan pahalanya kepada orang mati sama ada mereka daripada kaum kerabat baginda atau selainnya.

Sekiranya pahala amalan seperti itu boleh sampai kepada mereka (orang mati), sudah tentu Nabi s.a.w melakukannya serta menyuruh umatnya turut berbuat demikian kerana baginda sangat menyayangi dan mengasihi orang yang beriman.

Keadaan ini turut menjadi ikutan dan dijadikan petunjuk oleh para khulafa' dan sahabat baginda s.a.w apabila tidak ada riwayat yang menceritakan ada sahabat yang membaca al-Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada orang mati.

Menyentuh mengenai ibadat-ibadat lain, sekiranya ada dalil sahih yang menunjukkan bahawa pahalanya boleh sampai kepada orang mati seperti bersedekah untuknya, mendoakannya dan mengupah orang naik haji untuknya, maka ia boleh diamalkan.

Manakala, amalan yang tidak didasarkan kepada dalil dan bukti sahih, maka ia bukan sesuatu yang disyariatkan dan tidak harus dilakukan kerana bimbang akan menjerumuskan pengamalnya ke dalam amalan bidaah yang dilarang oleh Rasulullah.

Sabda Baginda s.a.w, maksudnya Berhati-hatilah (kamu) terhadap urusan-urusan yang mengada-ada dalam agama, kerana sesungguhnya setiap urusan yang mengada-ada (dalam agama tersebut) adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat.
SUMBER: Lajnah Dai`mah Lil Buhuts Wal Ifta'.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum