Browse Our Astrological Reports

JENAYAH & KEMALANGAN

Utusan Malaysia 30 Mei 2001

Pasangan pengantin maut dalam perjalanan bertandang

KOTA BHARU 29 Mei - Sepasang pengantin baru serta ibu dan bapa pengantin perempuan yang dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu terbunuh apabila kereta yang mereka naiki berlanggar dengan lori kecil di Kampung Regu, Manik Urai, Kuala Krai hari ini.

Pengantin Hasnita Abdul Kadir, 27, dan ibunya, Zubaidah Zakaria, 60, mati dalam perjalanan ke Hospital Kuala Krai (HKK) manakala bapanya, Abdul Kadir Mahmod, 65, mati di tempat kejadian.

Pengantin lelaki, Mohd. Sharifuddin Mohamad Noor, 23, pula mati di HKK kira-kira pukul 9 malam ini.

Pemandu lori terbabit, Mohd. Fazli Sham Razak dan seorang penumpangnya, Azhar Osman, 24, cedera ringan.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 5.10 petang ketika rombongan keluarga pengantin perempuan dari Sungai Koyan Dua Raub, Pahang, dalam perjalanan ke majlis menyambut menantu di Pasir Puteh.

Sepasukan bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat dan mangsa yang tersepit.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supritendan Aziz Bakar ketika dihubungi berkata, lori kecil itu pula dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang.

Beliau berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum