Make your own free website on Tripod.com

Browse Our Astrological Reports

JENAYAH & KEMALANGAN

Utusan Malaysia 21 April 2001

KRONOLOGI

BERIKUT adalah kes-kes kematian akibat terperangkap dalam kebakaran sejak Januari 2001:-

* 14 Januari: Lima sekeluarga rentung dalam kebakaran awal pagi di flat Perumahan Awam Seri Kelantan, Sentul, Kuala Lumpur.

* 29 Januari: Seorang pengawal keselamatan kilang, Loke Kin Kong ditemui rentung di bawah timbunan rumahnya yang terbakar di Slim River, Perak.

* 18 Februari: Bayi berusia empat bulan, Mohd. Hamzah Halim Subraman rentung apabila rumahnya di Klang, Selangor dijilat api.

* 26 Februari: Bayi perempuan 18 bulan, Nor Faizah Samsul rentung setelah rumahnya di Sekinchan, Selangor, terbakar.

* 13 Mac: Sepasang suami isteri dan dua anak mereka mati setelah rumah mereka di Kulim, Kedah terbakar.

* 5 April: Seorang pemuda, Chim Chee Leong rentung dalam rumah papan di Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor.

* 14 April: Empat bersaudara rentung apabila sebuah kedai dan sebuah rumah di Jalan Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor, musnah dijilat api.

* 15 April: Seorang lelaki, Mohd. Nor meninggal dunia selepas sesak nafas kerana terhidu asap dalam kebakaran yang melibatkan 30 buah rumah di Kota Bharu, Kelantan.

* 16 April: Dua beradik rentung setelah terperangkap dalam kebakaran di rumah nenek mereka di Bahau, Negeri Sembilan.

* 18 April: Tiga beradik mati dalam tragedi kebakaran di rumah mereka di Kelana Jaya, Selangor.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum