Browse Our Astrological Reports

JENAYAH & KEMALANGAN

Utusan Malaysia 27 April 2001

Wartawan URTV cedera terbabit nahas jalan raya

PETALING JAYA 26 April - Wartawan majalah URTV, Norashikin Hassan, cedera apabila keretanya terlibat dengan kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tropicana berhampiran Tropicana Golf and Country Club, Damansara di sini hari ini.

Norashikin kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya oleh jurugambar Utusan, Abd Fatah Sulaiman yang tiba di tempat kejadian sejurus selepas kemalangan itu berlaku.

Menurut Fatah, kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 petang semasa dia dan Norashikin dalam perjalanan secara berasingan untuk menemu bual personaliti TV3, Norazlina Ridzwan.

``Sebaik sahaja saya tiba di satu selekoh, saya dapati kereta Norashikin tersadai di tepi jalan dalam keadaan remuk.

``Ketika itu Norashikin berada dalam keadaan separuh sedar dan mengalami kecederaan di muka dan kakinya,'' ujarnya.

Selepas itu, menurut Fatah, dia dan beberapa orang yang lalu di situ mengeluarkan Norashikin dari dalam kereta sebelum membawanya ke hospital.

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum