Browse Our Astrological Reports

JENAYAH & KEMALANGAN

Utusan Malaysia 10 Mei 2001

Wanita ditahan reman berkaitan siasatan kejadian ibu sembelih anak

KANGAR 10 Mei - Polis hari ini memperolehi perintah mahkamah untuk menahan reman seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan kejadian seorang ibu disyaki menyembelih anaknya sehingga mati pagi semalam.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Perlis, DSP Ariffin Sutan berkata, perintah bagi menahan reman suri rumah berusia 37 tahun itu berkuat kuasa sehingga 15 Mei.

Katanya, wanita itu ditahan polis di Kampung Bakong, dekat sini kira-kira pukul 6 pagi ini ekoran maklumat orang ramai.

Dalam kejadian pagi semalam, seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun ditemui mati, dipercayai disembelih oleh ibunya, di kuarters guru Sekolah Kebangsaan Kampung Salang, dekat sini.

Adik lelakinya berumur 2 tahun turut cedera parah akibat dikelar pada bahagian leher, dan masih menerima rawatan di Hospital Kangar.

Kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 7.15 pagi dan 10 pagi ketika ibunya yang dikatakan menghadapi masalah mental berada bersama dua anaknya di kuarters guru itu. - Bernama

 

muka depan | agama | ekonomi | fatwa | jenayah & kemalangan | kolumnis | khas | pelancongan
pendidikan | pendatang asing | politik | rencana | sains dan teknologi | umum